MOSCOW, 31 MAC – Rusia akan melanjutkan visa warga asing selama 90 hari tanpa mengira tujuan lawatan asal mereka, berikutan wabak COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri lapor agensi berita Sputnik.
Sebelum ini, kementerian dilaporkan berkata visa warga asing akan dilanjutkan ekoran wabak COVID-19, tanpa menyatakan berapa lama tempoh lanjutan itu.
Rusia mencatakan sejumlah 1,836 kes COVID-19, sebanyak 1,226 daripadanya direkodkan di Moscow.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik.
Berdasarkan data terkini WHO, lebih 690,000 kes jangkitan di seluruh dunia dan meragut lebih 33,000 nyawa. – Bernama