Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Djokovic juara terbuka Astana

    PARIS, 10 OKT – Novak Djokovic percaya bahawa ketidakhadiran yang merugikan dirinya pada 2022 menjadikannya lebih ‘bersemangat dan bermotivasi’ untuk menamatkan setahun yang bermula apabila dia dihina dengan pengusiran daripada Australia pada tahap yang tinggi.

    Pemain berusia 35 tahun itu merangkul gelaran berturut-turut apabila dengan selesa menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir Astana kelmarin, seminggu selepas memenangi trofi Tel Aviv.

    “Saya tidak boleh meminta untuk memulakan semula musim yang lebih baik. Saya sangat bersemangat dan bermotivasi untuk menamatkan musim serta saya telah melakukannya beberapa minggu lalu,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

    Djokovic kini mempunyai empat gelaran daripada mengikuti 10 acara musim ini berikutan kemenangan di Rom dan di Wimbledon.

    Kemenangannya di ibu negara Itali pada Mei memberikannya gelaran Masters ke-38, kemenangan Wimbledonnya pada Julai kemudian menyamai markah tujuh Pete Sampras di Kelab All England dan membawa gelaran Grand Slam ke-21.

    Reaksi Novak Djokovic bergambar bersama trofi selepas memenangi perlawanan tenis terakhir di kejohanan tenis Terbuka ATP 500 Astana di Astana, Kazakhstan, kelmarin. – AP

    Hanya Rafael Nadal, dengan 22, mempunyai lebih banyak gelaran kejuaraan lelaki.

    Semua ini dalam setahun yang menyaksikan dia keluar dari Melbourne dan dilarang bermain di Amerika Utara ke-rana keengganannya untuk divaksin.

    Kecuali dia mengikuti Piala Laver di London, yang ditandakan sebagai perpisahan Roger Federer, Djokovic tidak bermain untuk aksi terbaik dalam tempoh tiga bulan selepas Wimbledon.

    Beliau bermula semula di Israel dalam 16 tahun selepas kali terakhir beliau bermain di negara tersebut.

    Keazaman Djokovic untuk tidak goyah dengan pendirian vaksinasinya bermakna dia terlepas dua daripada empat Slam tahun ini, di Australia dan AS Terbuka, dan empat daripada lapan Masters di Indian Wells, Miami, Montreal dan Cincinnati. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...