Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Djokovic kembali di kedudukan pertama ATP

    MELBOURNE, 31 JAN – Kejohanan Terbuka Australia milik Novak Djokovic mengembalikannya ke tempat pertama dunia dalam ranking ATP.

    Djokovic naik daripada kedudukan ke-5 untuk memintas Carlos Alcaraz di ranking pertama adalah lonjakan terbesar di tempat teratas dalam sejarah 50 tahun untuk tenis lelaki.

    “Awda tidak pernah tahu berapa banyak lagi masa yang awda tinggalkan, jadi, sudah tentu, saya meraikan detik-detik ini untuk menjadi pemain nombor satu dunia sekali lagi dan juara Grand Slam,” kata Djokovic yang berusia 35 tahun selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6 (4), 7-6 (5) dalam perlawanan akhir di Melbourne Park pada Ahad.

    Manakala Aryna Sabalenka naik ranking kedua dunia daripada kelima yang paling tinggi dalam ranking WTA sepanjang karriernya, diikuti juara Grand Slam tiga kali, Iga Swiatek. Sementara itu, Ons Jabeur finalis Grand Slam pada 2022, jatuh ke ranking ketiga daripada kedua dunia, diikuti oleh Jessica Pegula, keempat, Caroline Garcia, kelima dan Coco Gauff, keenam.

    Manakala Elena Rybakina yang tewas menentang Sabalenka pada perlawanan akhir Terbuka Australia baru-baru ini, naik ke kedudukan ke-10 daripada kedudukan ke-25.

    Ini menandakan minggu ke-374 Djokovic mendahului ATP, menambah rekodnya setelah dia memperoleh gelaran ke-10 di Terbuka Australia dan mengikat Rafael Nadal dengan 22 trofi Grand Slam. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...