Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Persembahan tarian singa pukau penonton

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Murid-murid, ibu bapa, penjaga dan guru-guru Sekolah Chung Hwa Kiudang berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa yang menarik dan bertenaga yang diadakan di perkarangan sekolah berkenaan pada hari ketiga Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), baru-baru ini.

    Persembahan tarian singa yang dikendalikan oleh Persatuan Amal Unity itu telah disaksikan bersama oleh bukan sahaja para murid dan ibu bapa tetapi juga lembaga pengelola sekolah dan komuniti setempat.

    Guru Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun menyatakan bahawa persembahan tarian singa itu merupakan sebahagian daripada sambutan TBC yang diamalkan berkurun-kurun lamanya.

    “Mengetengahkan tarian singa merupakan kaedah yang baik untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat setempat,” katanya lagi.

    Beliau turut menyatakan penghargaan kepada persatuan berkenaan atas persembahan yang sungguh bertenaga dan menawan.

    Ia merupakan satu cara yang amat menyeronokkan untuk mengalu-alukan ketibaan Tahun Arnab, ulasnya lagi.

    Dengan diiringi oleh pukulan gendang dan gong, murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dan memberikan sampul merah kepada kumpulan penari berkenaan yang mengelilingi perkarangan sekolah.

    Tarian singa berkenaan diakhiri dengan pertunjukan mengupas buah oren dan disusun untuk membentuk perkataan bertuah dalam perkataan Cina yang dilakukan oleh kumpulan penari itu.

    Para murid sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan serta berinteraksi dengan penari singa. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...