Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Doa Munajat, tazkirah serikan Malam Munajat KHEU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Majlis Malam Munajat mingguan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara maya yang diteruskan lagi malam kelmarin, tampil berbeza daripada minggu-minggu sebelumnya, apabila kali ini ia memuatkan Doa Munajat dan tazkirah.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Ia turut diserikan dengan penyertaan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang berkesudian membaca Doa Munajat memohon rahmat dan keampunan dari Allah SWT, serta memohon terhindar daripada segala bala bencana dan penyakit berbahaya.

    Ia juga diisikan dengan tazkirah disampaikan oleh Pegawai Agama Kanan, Pusat Dakwah Islamiah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman yang menyentuh mengenai hikmah bermunajat dengan doa, zikir dan membaca Al-Quran, serta kepentingan bermunajat terutamanya pada situasi masa ini apabila kita sedang menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19.

    Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istigfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama diikuti bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan Doa Munajat serta tazkirah serta diakhiri dengan bacaan Asma’ul Husna dan selawat beramai-ramai dipimpin Kumpulan Belia Syababussalam, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Malam munajat diadakan setiap Sabtu bertujuan mengajak warga kementerian dan orang ramai bersama-sama mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT, dengan bermunajat, beristighfar, berzikir, berselawat dan merafakan doa secara serentak beramai-ramai, dengan harapan agar rakyat Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan penyakit berbahaya khasnya wabak COVID- 19.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama memulakan Malam Munajat dengan bacaan Sayyidul Istigfar dan Surah Al-Fatihah.
    Doa Munajat dibacakan Yang Berhormat Mufti Kerajaan turut menyerikan majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...