Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Doncic cetus kemenangan Mavericks

    LOS ANGELES, 2 MAC – Luka Doncic menjaringkan 25 mata ketika Dallas Mavericks membelasah Los Angeles Lakers untuk memberikan mereka kekalahan ketiga berturut-turut semalam.

    Doncic mencetuskan kebangkitan suku keempat untuk Dallas, menukar defisit enam mata dengan berbaki masa tujuh minit kepada pendahuluan lima mata untuk membantu Maverick menang 109-104 di Arena Crypto.com.

    Ia merupakan satu lagi perlawanan mengecewakan buat LeBron James dan Lakers, yang telah bergelut daripada defisit 21 mata pada separuh masa pertama untuk memimpin setelah mendahului Dallas 31-14 dalam perlawanan suku ketiga.

    Doncic disokong oleh pengawal Jalen Brunson dengan 22 mata sementara Dorian Finney-Smith menambah 16 mata.

    Pasukan Mavericks meningkat prestasi kepada 37-25 untuk kekal di tempat kelima dalam senarai kedudukan Western Conference.

    Aksi pengawal Mavericks Luka Doncic (kanan) membawa bola di depan penyerang Lakers LeBron James semasa perlawanan bola keranjang NBA separuh masa kedua pada 1 Mac. – AP

    James mendahului jaringan untuk Lakers dengan 26 mata, 12 rebound dan lima assist manakala pemain veteran Carmelo Anthony menambah 20 mata untuk pasukan tuan rumah.

    Kekalahan itu melihat Lakers merosot kepada 27-34 dalam senarai perlawanan Conference.

    Sementara itu, di Minneapolis, Karl-Anthony Towns menjaring 39 mata ketika Minnesota Timberwolves menumpaskan Golden State Warriors 129-114.

    Towns menyumbang 14 daripada 22 mata daripada kumpulan dan merebut sembilan rebound sementara D’Angelo Russell menambah 22 mata dan Malik Beasley mencatat 20 di Pusat Target.

    “Hanya berusaha keluar dan memimpin menerusi prestasi, dan melakukan apa yang saya mampu,” kata Towns selepas kemenangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...