Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Finau tawan Terbuka 3M

    WASHINGTON, 25 JULAI – Tony Finau kelmarin menghasilkan pukulan empat di bawah par 67 untuk melakar kejuaraan Jelajah PGA AS ketiganya di Terbuka 3M ketika rakan senegara dari Amerika Syarikat, Scott Piercy terpaksa berputih mata.

    Finau yang berada di ranking ke-17 dunia, meraih tiga daripada enam birdienya di lubang ke-14, ke-15 dan ke-16 untuk membuat tiga pukulan kemenangan ke atas pemain Korea Selatan, Im Sung-jae, yang mendapat 68 mata tanpa bogey dan Emiliano Grillo dari Argentina, yang mencatatkan par 71.

    Hampir sepanjang hari ketinggalan mata, Finau akhirnya mendahului Piercy apabila dia mendapat peluang pada par-tiga ke-17, di mana pukulan teenya kekal di dalam garisan di penanda air.

    Finau mengakhiri perlawanan dengan mengutip jumlah 267 mata sekali gus memenangi Terbuka 3M di TPC Twin Cities di Blaine, Minnesota.

    Finau yang telah menamatkan kerjayanya pada musim ini dengan 10 kali bergelar naib juara termasuk di Terbuka Kanada dan Terbuka Mexico, berkata, dia telah melakukan segalanya untuk menang.

    Tony Finau bergambar bersama trofi selepas memenangi Terbuka 3M di TPC Twin Cities di Blaine, Minnesota kelmarin. – AFP

    Dia mengejar Piercy, pemain berusia 43 tahun yang memburu kejuaraan Jelajah PGA kelima, yang memulakan hari itu dengan pendahuluan empat pukulan dan bangkit selepas lima pukulan setelah menghasilkan birdie sejauh 10 dan 30 kaki di lubang kedua dan keenam.

    Piercy mula dilihat bergelut dengan bogey di lubang kelapan, kesembilan dan ke-11.

    Keadaan bertambah buruk apabila dia melepaskan lima pukulan dalam tiga lubang dengan bogey, triple-bogey dan bogey pada lubang ke-13 ke-14 dan ke-15.

    Pada lubang ke-14, Piercy memerlukan dua pukulan untuk keluar dari bunker fairway dan apabila dia melakukannya, pukulannya malang sekali termasuk ke dalam air.

    Finau kelmarin mencatat kemenangan pertamanya sejak memenangi Northern Trust pada tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...