Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    G7 gesa negara, syarikat keluarkan stok makanan

    ISTANA ELMAU, JERMAN, 28 JUN – Negara-negara perindustrian Kumpulan Tujuh (G7) kelmarin menggesa negara dan syarikat yang mempunyai simpanan makanan yang besar untuk membantu mengurangkan krisis kelaparan yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    “Kami menyeru rakan kongsi yang mempunyai simpanan makanan yang besar dan sektor swasta, untuk menyediakan makanan tanpa mengganggu pasaran,” kata pemimpin G7 dalam satu kenyataan selepas sidang kemuncak di Jerman.

    Mereka juga menyeru ‘semua negara untuk mengelakkan stok makanan berlebihan yang boleh menyebabkan kenaikan harga selanjutnya’.

    Peperangan di Ukraine, sebuah negara yang dikenali sebagai pengeluar bijirin Eropah, telah menaikkan harga makanan dan membawa kepada kekurangan disebabkan sekatan Rusia terhadap pelabuhan Laut Hitam yang menghalang berjuta-juta tan bijirin daripada dihantar keluar.

    Krisis tersebut telah mencetuskan kebimbangan berlakunya kebuluran di negara-negara terdedah yang sangat bergantung kepada eksport Ukraine, khususnya di Afrika.

    Isu itu merupakan topik utama perbincangan pada sidang kemuncak G7 selama tiga hari yang terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat yang diadakan di Alps Bavaria.

    Dalam kenyataan terakhir mereka, pemimpin G7 menjanjikan tambahan AS$4.5 bilion untuk memerangi ketidakstabilan makanan global sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang komited tahun ini kepada lebih daripada AS$14 bilion. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...