Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jasmine akui terbawa-bawa watak Shalin Zulkifli

    Memegang watak sebagai pemain boling Malaysia iaitu Shalin Zulkifli dalam drama Ratu Ten Pin 2: Shalin, pelakon Jasmine Suraya Chin mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran menjayakan peranan tersebut.

    Menurut Jasmine, 32, kesusahan dan kepayahannya untuk membawa watak Shalin yang penuh emosi dalam drama tersebut akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.

    “Bukan mudah nak bawa watak Shalin, saya memang takkan lupa kesusahan dan kepayahan nak bawa watak itu.

    “Antara cabaran membawa watak Shalin ialah apabila merakam babak dengan kawan dan keluarga.

    “Sebab selama ini, kita hanya tengok Shalin secara luaran, tak tahu macam mana dia dengan kawan-kawan dan ibu bapanya. Memang sisi Shalin yang berbeza.

    Jasmine Suraya Chin mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran menjayakan peranan tersebut. – Agensi

    “Susah juga saya nak kena ikut gerak-geri dan cara percakapannya. Cerita ini pun bukan hanya tentang boling, tapi segala emosi. Bila baca skrip, banyak juga babak perlu menangis.

    “Saya tanya Shalin, memang banyak ke dia menangis. Shalin kata dia akan menangis setiap kali kalah,” katanya kepada wartawan.

    Jasmine berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya menjayakan drama Ratu Ten Pin 2: Shalin bersama media secara maya, kelmarin.

    Drama itu akan ditayangkan di Astro Ria bermula 11 Julai depan.

    Dalam pada itu, Jasmine mendedahkan turut mengalami keletihan mental selama tiga bulan selepas tamat penggambaran drama tersebut.

    “Menganggap watak itu paling sukar, pelakon filem Paskal itu juga memberitahu sehingga kini dia masih terbawa-bawa cara duduk dan berjalan Shalin.

    “Bagi saya, watak Shalin ini memang paling susah saya pernah bawa. Sampaikan selepas habis membuat rakaman, tiga bulan saya tak boleh ambil projek lain.

    “Sebab mentally drained, saya terlalu penat. Malah, kadang-kadang saya terbawa-bawa watak Shalin di luar set. Saya pakai baju macam dia.

    “Malah, sampai sekarang, ada kalanya saya duduk dan berjalan sepertinya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda