Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa gegar wilayah sempadan Montenegro, Bosnia

    PODGORICA, 14 MAC – Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud telah melanda wilayah sempadan antara Montenegro dan Bosnia awal pagi tadi, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat, USGS.

    Pusat gempa itu terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Niksic di barat Montenegro dan 25 kilometer dari bandar Bosnia Bileca. Namun, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

    Gempa bumi tersebut mempunyai kedalaman kira-kira 7.6 kilometer dan terasa dari ibu kota Bosnia, Sarajevo, yang lebih daripada 200 kilometer jauhnya.

    “Pusat gempa bumi ini berada di wilayah tidak berpenduduk,” kata Srdjan Cekvic, ahli seismologi dari Institut Geofizik Montenegro, kepada wartawan, sambil menambah bahawa buat masa ini tiada laporan mengenai mangsa cedera atau kerosakan.

    “Selepas gegaran utama pada pukul 4:06 pagi, 30 gempa susulan direkodkan, dengan lima daripadanya mempunyai magnitud antara tiga dan 3.5,” katanya.

    Balkan adalah kawasan yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi dan terdedah kepada gempa bumi.

    Gempa bumi dengan 5.7 magnitud juga pernah melanda wilayah yang sama pada April 2022, membunuh seorang dan mencederakan beberapa yang lain di Stolac, Bosnia. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda