Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Havertz bintang Chelsea benam Lille

    LONDON, 23 FEB – Chelsea menunjukkan mereka mencatat kemenangan tanpa Romelu Lukaku apabila Kai Havertz menjaringkan gol selepas menggantikan penyerang Belgium yang disisihkan dan mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara peringkat 16 terakhir menentang Lille, kelmarin.

    Skuad kendalian Thomas Tuchel menguasai perlawanan hasil tandukan Havertz pada separuh masa pertama dan penyudah klinikal Christian Pulisic selepas rehat di Stamford Bridge.

    Pasukan juara bertahan dijangka mampu melepasi halangan menuju ke suku akhir apabila bertandang ke Perancis untuk perlawanan kedua pada 16 Mac.

    Tetapi kemenangan keenam berturut-turut Chelsea dalam semua pertandingan lebih kepada referendum mengenai teka-teki Lukaku daripada petunjuk peluang mereka untuk mengekalkan trofi.

    Lukaku hanya menjaringkan 10 gol sejak perpindahan kelab bernilai AS$131 juta dari Inter Milan tahun lalu yang dijangka untuk terus mengekalkan ketajamannya untuk Chelsea.

    Dia hanya menyentuh bola tujuh kali dalam kemenangan 1-0 Sabtu lalu di Crystal Palace, jumlah terendah oleh pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim 2003-2004.

    Walaupun berang dengan komen dikeluarkan oleh Lukaku pada Disember lalu yang mempersoalkan cara pemain itu digunakan, Tuchel kelihatan menyokongnya Isnin lalu, menegaskan masalahnya bukan perkara mudah.

    Tetapi, secara terang-terangan, Chelsea lebih kuat dalam ketiadaan Lukaku dan ia masih harus dilihat sama ada Tuchel akan mempercayai penyerang bintang itu dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Liverpool pada hari Ahad. – AFP

    Aksi Cesar Azpilicueta bersaing untuk mendapatkan bola daripada Jonathan Bamba dalam perlawanan antara Chelsea dan Lille kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...