Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Hong Kong longgarkan sekatan COVID

    HONG KONG, 14 APRIL – Hong Kong akan melonggarkan beberapa langkah penjarakan sosial lewat bulan ini, membenarkan orang ramai makan di restoran pada waktu malam dan membatalkan sekatan ke atas perhimpunan peribadi, ketika jumlah jangkitan COVIDnya menurun dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

    Bermula 21 April, restoran akan dapat beroperasi sehingga 10 malam, dengan maksimum empat orang semeja, kata pegawai hari ini.

    Perniagaan lain yang diarahkan ditutup sementara akibat jangkitan gelombang kelima Hong Kong seperti salun kecantikan, gim, taman tema dan panggung wayang juga dibenarkan dibuka, meskipun kapasitinya dihadkan kepada 50 peratus sahaja. Bar dan pub masih lagi ditutup.

    Sekatan semasa hanya membenarkan dua orang dari satu rumah juga akan dibatalkan.

    “Untuk melonggarkan langkah-langkah ini, bagi membolehkan aktiviti normal dalam masyarakat, dengan lebih banyak interaksi antara rakyat, kita tidak dapat mengelak akan terjadi risiko penularan,” kata pemimpin Hong Kong, Carrie Lam semasa satu sidang media hari ini.

    Lam merayu kepada orang ramai untuk mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang dikekalkan dan mendapatkan vaksin, “Meskipun jumlah kes positif setiap hari menurun ke tahap yang rendah, dalam terma mutlak, ia masih lagi agak tinggi,” katanya.

    Bandar itu melaporkan 1,260 kes komuniti kelmarin, kurang 95 peratus daripada kemuncaknya dalam Mac, apabila lebih 30,000 jangkitan harian dilaporkan.

    Menurut Lam, sekatan lain juga akan dibatalkan lewat bulan ini yang mana agensi pelancongan tempatan dibenarkan menyambung operasi dan perhimpunan awam akan dibenarkan melebih dua orang. – AP

    Pelanggan makan di sebuah restoran di Hong Kong, 14 April ketika wilayah itu mengumumkan pelonggaran sekatan COVID bermula 21 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...