Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia, Ausralia muktamadkan perjanjian pertahanan baharu

    MELBOURNE, AUSTRALIA, 20 OGOS – Indonesia dan Australia hari ini memuktamadkan perjanjian pertahanan dua hala baharu yang akan meningkatkan keupayaan negara jiran itu untuk mengendalikan ketenteraan mereka di wilayah masing-masing.

    Persetujuan itu dicapai ketika bakal presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, bertemu dengan pegawai Australia di Parlimen negara itu, hari ini.

    Hubungan dua hala menjadi semakin penting kepada rakyat Australia dalam menghadapi ketegangan yang semakin meningkat dengan China. Perdana menteri baharu Australia biasanya menjadikan Jakarta sebagai salah satu destinasi luar negara pertama mereka.

    Perjanjian itu akan ditandatangani dalam beberapa hari, apabila Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles melawat Jakarta.

    Marles berkata kejayaan rundingan selepas dua tahun itu adalah penting untuk keselamatan kedua-dua negara.

    “Apa yang akan dilakukan oleh perjanjian ini adalah menyediakan kebolehoperasian yang lebih besar antara pasukan pertahanan kita, ia akan menyediakan lebih banyak latihan antara pasukan pertahanan kita, ia akan melihat kita bekerjasama dengan masyarakat global untuk menyokong ketenteraman berasaskan peraturan dan, yang penting, ia akan membolehkan kami beroperasi dari negara masing-masing,” beritahu Marles kepada pemberita.

    “Dan dalam erti kata itu, perjanjian ini akan menjadi perjanjian yang paling mendalam, paling penting yang pernah dibuat oleh kedua-dua negara kita,” tambah Marles. – AP

    Prabowo Subianto (kiri) dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berjabat tangan selepas kenyataan bersama di Bangunan Parlimen di Canberra, Australia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda