Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Inflasi Eropah merosot dalam tempoh lebih setahun

    FRANKFURT, JERMAN, 30 NOV – Inflasi di Eropah telah merosot buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun apabila harga tenaga menurun daripada paras tertinggi, tetapi kadar dua angka masih mencecah paras rekod yang telah menjejas kuasa perbelanjaan pengguna dan mendorong ahli ekonomi meramalkan kemelesetan.

    Indeks harga pengguna di 19 negara yang menggunakan mata wang euro mencecah 10 peratus pada bulan November berbanding tahun sebelumnya, kata agensi perangkaan Kesatuan Eropah, Eurostat pada hari ini. Ia merupakan penurunan daripada 10.6 peratus pada Oktober, kemerosotan pertama sejak Jun 2021.

    Angka itu mencerminkan harga makanan, alkohol dan tembakau meningkat lebih cepat, pada kadar 13.6 peratus setiap tahun, walaupun harga tenaga merosot kepada kadar kenaikan 34.9 peratus berbanding 41.5 peratus pada Oktober.

    Inflasi di luar kawalan telah dirangsang harga tenaga yang tinggi disebabkan Rusia yang sebahagian besarnya memotong gas asli semasa perang di Ukraine serta gangguan dalam bekalan bahan mentah dan alat ganti dan permintaan yang meningkat semula selepas sekatan pandemik COVID berakhir.

    Kenaikan harga telah menjejas ekonomi di seluruh dunia, namun ia telah memberikan kesan yang tinggi terutamanya di Eropah disebabkan kebergantungan pada gas asli Rusia, yang telah dikurangkan oleh pengeksport Gazprom. Pemimpin Eropah berkata ia adalah peperangan tenaga disebabkan sokongan mereka kepada Ukraine.

    Walau bagaimanapun, harga gas asli telah jatuh dari paras tertinggi sepanjang masa pada musim panas, memandang-kan Eropah telah mengisi sebahagian besar simpanannya untuk musim sejuk dengan bekalan dari negara lain dan disebabkan cuaca sederhana telah mengurangkan kebimbangan tentang kekurangan bekalan semasa musim panas. – AP

    Para pengunjung membeli-belah semasa jualan Black Friday di Via del Corso di Rom. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...