Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Nur Rahmah anjur majlis khatam

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Bagi meraih pahala dan keberkatan dalam membaca Al-Quran, Kumpulan Nur Rahmah, baru-baru ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan tadarus secara maya yang diadakan setiap hari.

Majlis yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri secara fizikal itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan surah-surah lazim yang diketuai oleh Haji Anuar bin Penghulu Haji Ibrahim.

Tadarus secara maya itu dilakukan sejak negara masih lagi dilanda COVID dengan surau-surau dan masjid ditutup sebagai langkah memerangi penyakit berbahaya itu.

Dengan majlis khatam Al-Quran secara fizikal ini, ia dapat memberi kesempatan kepada semua ahli untuk bersua muka secara fizikal selepas mengadakan pembacaan Al-Quran bersama-sama secara maya.

Kumpulan tadarus Al-Quran Nur Rahmah bergambar ramai semasa khatam Al-Quran secara fizikal yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -