Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inovasi Ekonomi Biru ASEAN tawar AS$40,000 kepada 60 inovator

    JAKARTA, 15 MEI – Projek Inovasi Ekonomi Biru ASEAN menawarkan AS$40,000 kepada setiap 60 inovator yang terpilih merentasi rantau ini termasuk dari Timor-Leste dalam menangani cabaran dalam ekosistem lautan dan air tawar.

    Dilancarkan di Sekretariat ASEAN di ibu negara Indonesia kelmarin dengan sokongan daripada kerajaan Jepun dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Indonesia, projek itu menggalakkan inovator untuk menerajui kemajuan dalam sektor berkenaan.

    Mereka berkata pasukan yang menang akan menerima bimbingan selama enam bulan untuk memasarkan penyelesaian mereka dan membentangkannya kepada komuniti perniagaan, pemberi dana dan pelabur, memudahkan akses kepada pelaburan biru di rantau ini.

    Organisasi itu menegaskan bahawa rantau ini membawa kepada potensi maritim global dengan sumber marin bernilai sehingga AS$2.5 trilion setahun, membentuk lima peratus daripada ekonomi dunia.

    Walaupun dengan potensi ini, cabaran seperti penangkapan ikan berlebihan, kemusnahan habitat dan pencemaran marin mengancam kehidupan marin yang memerlukan usaha kerjasama segera untuk melindungi ekosistem marin.

    Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dalam ucapan pembukaannya, berkata projek itu diadakan tepat pada masa ketika rantau ini bersiap sedia untuk melaksanakan Rangka Kerja Ekonomi Biru ASEAN.

    “Projek itu bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi sektor marin tetapi juga untuk meningkatkan daya tahan masyarakat pesisir terhadap perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda