Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irma tetap kunci mulut isu perceraian

    Pengacara Irma Hasmie, 42, tetap dengan pendirian mengunci mulut isu perceraian dengan bekas suami, Redza Syah Adzmeer.

    Irma berkata, dia enggan mengulas isu perceraian kerana menyifatkannya sebagai terlalu peribadi dan tidak mahu mencetuskan spekulasi.

    Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketentuan Allah.

    “Kalau tanya keadaan saya sekarang, Alhamdulillah. Cuma, saya tak tahu sama ada patut menjawab atau tidak berhubung punca perceraian.

    “Saya merasakan ia terlalu peribadi dikongsi. Saya rasa orang luar pun memahami keadaan saya, jadi tak perlulah buat apa-apa kenyataan.

    Irma tetap dengan pendirian tidak berkongsi kisah kemelut rumah tangga. – Mingguan Wanita

    “Saya sedar orang luar masih tertanya-tanya, jadi lebih baik ambil pendekatan berdiam diri. Kalau cakap benda betul sekalipun, orang tetap akan komen dan ada pandangan masing-masing,” katanya kepada BH Online.

    Irma berkata, berdiam diri adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan keadaan daripada timbulnya perkara negatif.

    Mengulas tindakan rakannya dikenali sebagai Reen yang tampil bersuara membela dan menjelaskan status rumah tangganya, Irma berkata, ia di luar kawalannya.

    Irma berkata, keluarga dan rakan terdekat mengetahui perkara sebenar, tetapi dirinya tidak dapat mengawal tindak tanduk mereka.

    Bagaimanapun, Irma menafikan tindakan Reen disebabkan dirinya tiada kekuatan mendedahkan berhubung kemelut rumah tangganya.

    “Bukan soal tiada kekuatan. Setakat ini, saya tak berdepan kesulitan atau masalah berat.

    Ada masanya orang luar terlalu mudah menghukum bila dengar perkara negatif.

    “Berkenaan anak-anak, mereka bersama saya dan baik-baik sahaja,” katanya.

    Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    April lalu, kecoh rumah tangga pasangan itu sudah berakhir susulan perkongsian foto pernikahan Redza bersama isteri baharunya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda