Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Israel, AS bakal bincang isu Iran

    BAITULMAQDIS, 10 JULAI – Memperluaskan tindakan bersama bagi menentang Iran akan menjadi agenda utama ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuat lawatannya ke Israel nanti, menurut perdana menteri Yair Lapid hari ini, menggesa tindakan muktamad kepada cita-cita nuklear Tehran.

    Semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat kabinet keduanya sejak memegang jawatan perdana menteri pada 1 Julai, Lapid menggelar Biden – yang dijangka tiba di Baitulmaqdis pada Rabu ini – adalah salah seorang rakan rapatnya yang pernah ada dalam politik Amerika.

    Lawatan tersebut akan menumpukan pada isu yang berkaitan dengan Iran, kata Lapid, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dan menteri hal ehwal luar negeri sementara kerajaan Israel sehingga pilihan raya perdana menteri yang dijadualkan pada 1 November nanti.

    Menurut laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang dikeluarkan hujung minggu ini, Iran telah memaklumkan pemerhati yang berpangkalan di Vienna tentang pertambahan dalam kapasiti pengayaan uraniumnya.

    “Kelmarin, laporan itu telah mendedahkan Iran telah memperkaya uranium dalam empar canggih, yang bertentangan dengan perjanjian yang mereka tandatangani,” kata Lapid hari ini.

    “Tindakan antarabangsa perlu lebih tegas, untuk kembali kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengaktifkan mekanisme sekatan pada kuasa penuh,” tambahnya.

    Sementara itu, Israel menentang pemulihan semula perjanjian 2015 antara Iran dan kuasa-kuasa dunia yang menawarkan pelonggaran sekatan kepada Tehran, sebagai
    pertukaran bagi mengekang program nuklearnya.

    AS telah menarik diri daripada perjanjian 2018 semasa kerajaan di bawah pemerintahan Donald Trump, yang meneruskan sekatannya ke atas Tehran.

    Kebanyakan di Israel bersetuju dengan perkembangan tersebut, yang mana mencetuskan Iran untuk mengundurkan diri daripada komitmen nuklear yang dibuatnya di bawah perjanjian itu. – AFP

    Perdana Menteri Israel semasa berucap pada mesyuarat kabinet mingguan di Baitul Maqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...