Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Magic berjaya tundukkan Kings

    LAS VEGAS, 10 JULAI — Orlando Magic mengatasi Sacramento Kings 18 mata dengan masa perlawanan kurang berbaki lima minit dalam aksi Liga Musim Panas NBA kelmarin.

    Mereka akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan selepas persaingan yang berlangsung sengit.

    Jaringan daripada Emanuel Terry menerusi hantaran daripada pilihan nombor satu, Paolo Banchero memberikan Magic kemenangan 94-92 dalam masa tambahan sekali gus memberikan penamat yang dramatik di akhir minit perlawanan sengit tersebut. Sacramento mengakhiri perlawanan dengan jaringan 23-5 dan mendapat enam mata terakhir dalam 5.1 saat terakhir hasil dua jaringan 3-pointer untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

    Keon Ellis menjaringkan 3-pointer dengan 22 saat berbaki dalam masa tambahan pada 2 minit pertama, meletakkan Sacramento mendahului 92-89. Tidak lama kemudian, Kings mengasari Devin Cannady dengan baki 6.2 saat dan dia memanfaatkan ketiga-tiga lontaran percuma bagi mengikat kedudukan 92-92.

    Perlawanan diheret ke masa tambahan kedua dengan peraturan kalah mati iaitu mana-mana pasukan menghasilkan mata pertama akan memenangi perlawanan. – AP

    Aksi Banchero dari Orlando Magic semasa perlawanan Liga Musim Panas NBA 2022 di Pusat Thomas & Mack di Las Vegas kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...