Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    ‘Jangan pegang perut saya’

    Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kurang senang apabila perutnya disentuh individu tidak dikenali ketika berjumpa.

    “Bila sedang mengandung ini, sensitif dia lain sikit bila ada yang datang terus pegang raba-raba perut kita,” katanya.

    Menurut Utusan Online, Ayda berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya diajak untuk berswafoto namun kurang selesa jika ada individu yang memegang perutnya.

    Mommies (ibu-ibu). Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?

    “Saya minta maaf. Saya okey saja kalau nak ‘selfie’ pegang bahu ke, tangan saya, itu dah biasa,” tulisnya.

    Ayda tidak selesa perutnya disentuh orang. – Utusan Malaysia

    Bagaimanapun, pelakon drama Bukan Cinta Sempurna itu turut mengakui serba salah untuk menegur tindakan tersebut kerana risau melukakan hati peminat-peminatnya.

    “Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata-kata. Faham kadang-kadang ada yang teruja. Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan anak damit.

    Itu sudah memadai.

    “Ada yang sambil pegang, sambil ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu, anak damit dah tendang.

    “Kejap, tunggu anak Ayda tendang tak’. Saya muka dah petak. Kalian rasa bagaimana ya?” ujarnya.

    Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun lalu dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun sama.

    Ayda dijangka melahirkan anak keduanya pada Disember ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...