Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenazah Allahyarham LK I PLM Arman San diterbangkan ke Tawau

    JOHOR BAHRU, 29 OGOS – Suasana hiba menyelubungi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini ketika proses tuntutan jenazah oleh keluarga Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di Tanjung Penyusop semalam.

    Dianggarkan 100 orang terdiri ahli keluarga Allahyarham termasuk isteri, Norazliana Bakri, 25, rakan serta pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di jabatan itu sejak 8 pagi tadi.

    Van jenazah TLDM membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI pada 12:45 tengah hari selepas proses bedah siasat selesai.

    Terdahulu, jenazah Allahyarham diusung keluar oleh pasukan pengusung TLDM sebaik keranda dibawa keluar dari bilik Jabatan Perubatan Forensik itu.

    Difahamkan jenazah Allahyarjam akan diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini ke Lapangan Terbang Tawau untuk dikebumikan di Lahad Datu.

    TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San, 28, yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) di bawa ke HSI untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.– Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda