Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Jururawat harus kompeten IT

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Jururawat dan bidan adalah pendukung kepada sistem kesihatan di dalam sesebuah negara di mana profesion itu bukan saja profesion yang sangat mulia, memerlukan kesabaran serta dedikasi yang tinggi, malahan adalah satu aset yang utama yang perlu dilindungi, dihormati dan dihargai.

    Profesion berkenaan telah banyak berkembang, daripada memberi perkhidmatan bedside nursing care kepada jenis tugas-tugas yang lebih kepada maju dan berteknikal tinggi.

    “Walaupun lebih ramai jururawat dan bidan mempunyai latar belakang pendidikan atau kelayakan yang lebih tinggi dari sebelum ini seperti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana mahupun ke peringkat Doktor Falsafah, namun sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan juga semakin pesat berkembang dan pastinya akan menempuh pelbagai cabaran.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan Sempena Hari Jururawat da Bidan Antarabangsa 2023.

    Beliau seterusnya menyatakan bahawa dengan kecenderungan penggunaan IT dan Internet di era global ini, klien dan keluarga telah terdedah kepada pengetahuan berkaitan dengan kesihatan dan perubatan yang mana, ia akan membantu mereka di dalam membuat keputusan dalam penjagaan kesihatan mereka.

    Justeru itu, tambah, Yang Berhormat Dato, jururawat dan bidan perlu sentiasa up-to-date mengikut trend teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin meningkat. Mereka bukan sahaja perlu fokus kepada penjagaan klien semata-mata tetapi juga kepada keluarga keseluruhannya.

    Di samping kompeten dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan teknologi, jururawat dan bidan juga perlu prihatin kepada nilai-nilai sosial, naluri kemanusiaan dan etika kejururawatan perlulah dikekalkan pada setiap masa.

    Yang Berhormat Dato berkata pihak Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan kejururawatan di negara ini.

    Antara inisiatif yang telah di laksanakan adalah meningkatkan pembangunan profesional kejururawatan dengan kolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi menyediakan jururawat yang berpengetahuan tinggi, kompeten dan sentiasa menekankan kepada kecemerlangan dan berkualiti.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyatakan bahawa jururawat dan bidan perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi perubatan terkini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...