Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    KaMaLoko bakal anjur dua acara menarik Dis ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – KaMaLoko Entertainment Group dan rakan kongsinya akan menganjurkan Drums and Percussions Festival 2022 pada 2 hingga 4 Disember depan dan Handicraft and Hobby Con 2022 pada 10 hingga 13 Disember di Pusat Belia Bandar Seri Begawan (BSB) bersempena Pesta Disember Brunei 2022.

    Penjelasan mengenai acara-acara berkenaan telah dibuat Pengurus dan Pengasas Kamaloko Entertainment Group, Pengiran Kamal Ghadafi bin Pengiran Haji Suhaimi semasa sidang media di Pusat Belia BSB yang diselajurkan dengan taklimat bersama para vendor.

    Drums and Percussions Festival kali ini akan menyaksikan persembahan para pemain dram, kumpulan muzik dan komedi melalui tiga peringkat persembahan. Pengunjung akan berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan dalam semua genre muzik dan hiburan lainnya.

    Sementara itu, Handicraft and Hobby Con 2022 akan menampilkan koleksi-koleksi mainan yang menarik dan bahan hobi lainnya yang dipamerkan untuk memukau pengunjung, penggemar dan orang ramai, di samping menyertai aktiviti yang berkaitan dengan acara itu sekali gus berpeluang memenangi hadiah.

    Pengiran Kamal Ghadafi berkata, lebih 30 pempamer akan menyertai acara itu yang turut menampilkan hasil kraf tangan daripada pelbagai kumpulan yang akan menunjukkan kemahiran dan bakat mereka.

    Di samping itu, turut sama memeriahkan acara yang bakal berlangsung ialah penglibatan vendor-vendor tempatan yang turut menyediakan pelbagai jenis barangan termasuklah makanan dan minuman.

    Pengiran Kamal Ghadafi semasa sidang media berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...