Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hukuman dikekalkan disebabkan rekod lampau

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Mahkamah Rayuan pada 21 November lepas telah mengekalkan keputusan Mahkamah Perantaraan yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki yang disabitkan selepas perbicaraan atas tuduhan membabitkan pecah rumah dan memegang rekod jenayah buruk.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan, Michael Peter Burrell, dibantu oleh Hakim Michael Lunn dan Conrad Seagroatt, memutuskan bahawa hukuman terhadap Rosman bin Abdullah Nyambong itu adalah wajar selepas mempertimbangkan rekod jenayah, peranan utama dalam kesalahan itu dan penafiannya terhadap pertuduhan.

    Rekod perayu menunjukkan bahawa dia telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-
    kesalahan ketidakjujuran sebanyak lapan kali sejak 1999.

    Mahkamah juga mendapati, perayu telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun lapan bulan dengan empat kali sebatan pada November 2012, dan dua kali lagi penjara sejak dibebaskan. Rekod menunjukkan lebih lanjut bahawa perayu telah dibebaskan pada Januari
    2020, dan sekali lagi dia melakukan kesalahan yang dipertikaikan dalam permohonan rayuan itu pada Oktober 2020.

    “Hakim dengan tepat menganggapnya sebagai pesalah profesional yang tidak menunjukkan penyesalan,” jelas hakim.

    Timbalan Pendakwa Raya Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi membantu mahkamah menjawab rayuan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...