Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Ke arah persaraan menggembirakan!

    Penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor di sebalik wang yang menyumbang kepada satu persaraan yang lebih menggembirakan, termasuk tahap kesihatan yang baik, hubungan yang erat dan perasaan memiliki tujuan.

    Namun kegagalan ada kalanya tidak dapat dielakkan, dalam kehidupan mahupun dalam persaraan. Tidak semua orang menikmati tahap kesihatan yang baik – dan tiada siapa pun dapat menikmatinya selama-lamanya. Orang yang dikasihi mungkin mati atau berpindah. Memburu sesuatu yang awda fikirkan akan memberikan makna kepada kehidupan mungkin tidak akan berlaku atau mustahil: Fikirkan semua aktiviti dan rancangan yang batal akibat pandemik.

    Walau bagaimanapun ramai pesara terus gembira di sebalik kesukaran dan penyelidikan menunjukkan bahawa sikap psikologi mereka membantu keazaman bagaimana mereka dapat bertahan dengan perubahan.

    “Corak pemikiran adalah kuncinya dan ia adalah salah satu perkara yang berada dalam kawalan kita,” kata eksekutif dan jurulatih persaraan, Joe Casey, penulis ‘Win the Retirement Game: How to Outsmart the 9 Forces Trying to Steal Your Joy.’

    Pupuk optimisme

    Satu kajian pada 2014 oleh dua orang penyelidik Kansas State University mendapati bahawa orang yang lebih optimistik lebih puas hati dalam persaraan. Tahap penyertaan kajian optimism diukur dengan kenyataan termasuk ‘dalam masa tidak menentu, saya selalunya menjangkakan yang terbaik’ dan ‘secara keseluruhan saya jangkakan lebih banyak perkara baik terjadi kepada saya berbanding perkara buruk’.

    Liz Weston menulis mengenai persaraan di laman web NerdWallet yang disiarkan di AP. – AP
    Tahap kesihatan yang baik adalah faktor di sebalik wang yang menyumbang kepada persaraan menggembirakan
    Pandangan positif penuaan mempunyai impak besar terhadap jangka hayat berbanding banyak faktor kesihatan

    Emosi positif seperti optimisme membantu orang ramai lebih berdaya tahan dan berfikiran lebih kreatif, manakala pesimisme boleh menjadikan ia lebih sukar untuk mengambil langkah produktif atau menangani situasi sukar, kata ketua penyelidik kajian itu, Sarah Asebedo, kini seorang profesor di Kuliah Perancangan Kewangan Universiti Teknologi Texas.

    Namun jangan sedih orang pesimis: Awda boleh belajar untuk jadi lebih optimistik.

    “Saya fikir seseorang mungkin mempunyai kecenderungan terhadap optimisme atau pesimisme, tetapi itu tidak bermakna awda tidak boleh mengubah pandangan awda dan mengubah cara awda melihat sesuatu situasi,” kata Asebedo, yang juga menyunting Journal of Financial Therapy.

    Asebedo mencadangkan buku ahli psikologi Martin E.P. Seligman, Learned Optimism: How to Change Your Mind and Your Life yang menjelaskan teknik-teknik tingkah laku kognitif untuk menangani pesimisme. Jika awda memerlukan bantuan lanjut atau berterusan, pertimbangkan bercakap dengan ahli terapi mengenai membangunkan pandangan lebih optimistik. “Ia bukanlah pandangan Pollyannaish,” jelas Casey. “Ia lebih pada ‘OK, jom cari yang baik’.”

    Pupuk pandangan positif terhadap penuaan

    Sementara pemikiran positif pada amnya dapat membantu awda dengan kehidupan, pemikiran positif mengenai penuaan mungkin boleh melanjutkan nyawa awda.

    Satu kajian pada 2002 yang diketuai oleh profesor Yale University, Becca R. Levy mendapati bahawa orang yang mempunyai pandangan lebih positif terhadap penuaan hidup pada median 7.5 tahun lebih lama berbanding mereka yang mempunyai sikap yang lebih negatif.

    Jurang itu berterusan meskipun selepas para penyelidik mengambil kira faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada jangka hayat, seperti usia, gender, status sosioekonomi, kesihatan dan kesepian.

    Para penyelidik meneliti bagaimana para peserta kajian terhadap penuaan meramalkan jangka hayat mereka sehingga 23 tahun lebih lama. Seramai 338 lelaki dan 322 wanita berumur 50 tahun ke atas telah memberi respons kepada beberapa kenyataan mengenai penuaan, termasuk “Semakin awda meningkat usia, awda kurang berguna” dan “Saya kini gembira seperti ketika saya lebih muda”.

    Pandangan-pandangan positif mengenai penuaan mempunyai impak besar terhadap jangka hayat berbanding banyak faktor kesihatan. Seperti contoh, tekanan darah rendah atau kolesterol rendah masing-masing menyumbang kira-kira empat tahun hayat lebih lama. Tingkah laku sihat lain, seperti tidak merokok, mengekalkan berat badan sihat dan membuat senaman, menambah satu hingga tiga tahun kepada jangka hayat.

    Penyelidikan Levy juga telah mendapati bahawa pandangan positif terhadap penuaan boleh melindungi daripada demensia dan membantu seseorang pulih daripada masalah kesihatan.

    Seseorang boleh mengubah pandangan mereka dengan menjadi lebih sedar mengenai, dan mencabar, stereotaip negatif terhadap penuaan, tulis Levy dalam bukunya bertajuk Breaking the Age Code: How Your Beliefs About Aging Determine How Long and Well You Live. Beliau juga mencadangkan membuat persahabatan antara generasi untuk memerangi diskriminasi umur dan mencari model peranan positif.

    Pupuk pemikiran pertumbuhan

    Casey berkata, seseorang boleh bergelut dalam persaraan jika mereka percaya bahawa mereka berhenti berkembang dan hari-hari mereka mempelajari perkara baharu telah berlalu. Beliau melatih klien-kliennya untuk membangunkan “pemikiran pertumbuhan” yang menerima pembelajaran dan perubahan.

    Beliau merujuk kepada penyelidikan oleh profesor psikologi di Stanford University, Carol Dweck, penulis buku Mindset: The New Psychology of Success. Dweck mendapati bahawa orang yang percaya kecerdasan dan bakat mereka boleh ditingkatkan – apa yang digelarnya pemikiran pertumbuhan – biasanya lebih berjaya dalam kehidupan berbanding mereka yang percaya keupayaan mereka adalah semula jadi – apa yang digelarnya pemikiran tetap.

    Casey menggalakkan klien-kliennya bukan sahaja untuk belajar, malah untuk mencabar diri mereka sendiri. Itu mungkin bermakna mempelajari sesuatu yang memerlukan usaha, atau menguasai sesuatu kemahiran.

    “Penguasaan memberikan awda satu rasa pengawalan dan pencapaian yang sering orang ramai terlepas pandang apabila mereka meninggalkan tempat kerja lebih profesional,” kata Casey.

    Namun penguasaan juga memerlukan satu lagi aspek percambahan minda: bersedia untuk mengambil risiko, menerima dan mempelajari daripada kegagalan. Itu boleh jadi sukar bagi orang yang bagus dalam pekerjaan mereka, kata Casey.

    “Mereka tidak pernah merasakan mereka tidak baik dalam sebarang perkara,” katanya. “Maka untuk bagus dalam sesuatu, menguasai sesuatu, awda perlu teruk dalam sesuatu terlebih dahulu,” tambahnya. –AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...