Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PM New Zealand letak jawatan

    NEW ZEALAND, 19 JAN – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden, yang merupakan antara ahli pertama generasinya dipilih sebagai pemimpin negara dan menjadi ikon global, berkata beliau akan melepaskan jawatan selepas lima setengah tahun.

    Ardern dipuji oleh seluruh dunia kerana mengendalikan insiden pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk dalam sejarah negara itu dan peringkat awal pandemik COVID. Tetapi dia berdepan tekanan politik yang semakin meningkat dan tahap kebencian daripada beberapa pihak yang tidak pernah dialami oleh pemimpin New Zealand sebelum ini.

    Walaubagaimana pun, pengumumannya mengejutkan negaranya yang mempunyai 5 juta orang penduduk.

    Menahan air mata, Ardern memberitahu pemberita di Napier bahawa 7 Februari akan menjadi hari terakhirnya sebagai perdana menteri.

    Ardern menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia selepas pertama kali memenangi jawatan tersebut pada 2017 pada usia yang agak muda, 37 tahun.

    Jacinda Ardern mengumumkan dia akan meletakkan jawatan pada 7 Februari tetapi kekal sebagai ahli dalam parlimen New Zealand. – AP

    Dia seolah-olah melambangkan pemimpin generasi baharu, hampir menjadi simbol milenium, telah mencipta beberapa rekod sebagai seorang DJ sambilan, dan tidak berkahwin seperti kebanyakan ahli politik.

    Dia mencatatkan kemenangan dan namanya sedang meningkat di seluruh dunia. Dia membenarkan undang-undang yang menyasarkan pelepasan sifar karbon menjelang 2050, menyelia larangan senjata api, dan sebahagian besar usahanya menghalang COVID daripada memasuki New Zealand selama 18 bulan.

    Ardern dipuji di seluruh dunia atas pengendalian awal wabak koronavirus oleh negaranya selepas New Zealand berjaya menghentikan virus itu di sempadannya selama berbulan-bulan. Tetapi dia terpaksa meninggalkan strategi toleransi sifar itu apabila lebih banyak variasi menular merebak dan vaksin tersedia secara meluas.

    Ardern pada Khamis juga mengumumkan bahawa pilihan raya umum New Zealand 2023 akan diadakan pada 14 Oktober, dan dia akan kekal sebagai ahli parlimen sehingga itu.

    Tidak jelas siapa yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri sehingga pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, Grant Robertson mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam kepimpinan Parti Buruh, menjadikan persaingan terbuka.

    Ardern berkata dia tidak mempunyai sebarang rancangan selepas meninggalkan pejabat, selain komitmen keluarga dengan anak perempuannya, Neve, dan tunangnya Clarke Gayford, selepas wabak virus itu menggagalkan rancangan perkahwinan mereka sebelum ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...