PHNOM PENH, 17 JAN – Kerajaan Kemboja menyediakan bantuan khas sebanyak AS$30 juta untuk membeli padi daripada petani, membantu menstabilkan pasaran berikutan harga padi yang melonjak, menurut seorang pegawai, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media yang disiarkan secara langsung pada malam Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Pertanian dan Luar Bandar milik negara, Kao Thach berkata pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian utama kepada sektor pertanian, terutamanya kepada kehidupan petani.
“Untuk menstabilkan harga padi, kerajaan memutuskan untuk menyediakan bantuan khas tambahan sebanyak AS$30 juta melalui Bank Pembangunan Pertanian dan Luar Bandar untuk membeli padi daripada petani,” katanya.
Langkah terkini itu diambil selepas harga beras varieti OM jatuh mendadak kepada sekitar AS$0.20 sekilogram sejak Januari tahun ini berbanding sekitar AS$0.33 sekilogram pada tahun-tahun sebelumnya. – Bernama