Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Thailand lancar skim bantuan bernilai berbilion dolar

    BANGKOK, 25 JULAI – Kerajaan Thailand melancarkan skim bantuan bernilai berbilion dolar kelmarin dengan harapan dapat merangsang ekonomi yang lembap, namun penerima diingatkan bahawa wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli ganja, barang kemas atau tiket loteri.

    Lebih daripada 50 juta rakyat yang layak akan mula mendaftar bayaran digital sebanyak AS$277 bermula 1 Ogos ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Julapun Amornvivat pada sidang media.

    Wang tersebut boleh dibelanjakan di kedai dan premis berdaftar, namun mereka yang menjual ganja, barang kemas atau tiket loteri tidak layak mendapatkan bantuan. Penerima akan mula menerima wang tersebut pada suku keempat tahun ini, tambahnya.

    Skim tersebut dijangka menelan belanja 450 bilion baht (AS$12.5 bilion).

    Menteri Kewangan, Pichai Chunhavajira berkata skim itu perlu untuk menyuntik wang ke dalam sistem untuk merangsang ekonomi Thailand yang lembap.

    Sektor pelancongan negara yang menyumbang hampir 20 peratus daripada KDNK telah berdepan kesukaran selepas pandemik COVID-19 dan perubahan tabiat pengembara.

    Pelancong dari China khususnya lambat untuk kembali. Sebelum ini, mereka merupakan kumpulan pelancong terbesar yang mengunjungi Thailand, dengan kira-kira 11 juta orang melawat negara tersebut pada tahun 2019. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda