Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Kes kedua cacar monyet dilaporkan di Vietnam

    HO CHI MINH, 20 OKT – Seorang wanita tempatan yang pulang dari Dubai disahkan positif cacar monyet, sekali gus menjadikannya kes kedua dikesan di Vietnam, menurut jabatan kesihatan tempatan.

    Wanita yang berasal dari wilayah utara Tuyen Quang itu berkunjung ke Dubai dari 29 Sept hingga 18 Oktober, mengalami simptom seperti demam, loya dan lepuh sejak 11 Okt, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Wanita berusia 38 tahun itu dan pesakit kes pertama cacar monyet (kini dliaporkan telah sembuh) telah tinggal bersama ketika berada di Dubai.

    Pusat Kawalan Penyakit Ho Chi Minh City (HCDC) dan pasukan perubatan Lapangan Terbang Tan Son Nhat bertindak mengasingkan wanita itu sejurus dia tiba di lapangan terbang.

    Dia kemudiannya dibawa ke Hospital HCM City for Tropical Diseases bagi diagnosis dan menerima rawatan lanjut. Pesawat yang dinaiki turut dibasmi kuman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...