Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua dipilih sertai Pertandingan WorldSkills ASEAN

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 OKT – Awang Muhammad Amirul Haziq bin Haji Metussin dan Awang Muhammad Faiz bin Arman dipilih sebagai dua calon teratas untuk bertanding dalam Pertandingan WorldSkills ASEAN 2023 yang dijangka diadakan di Singapura pada tahun depan.

    Pemilihan dibuat susulan Pertandingan Penyejukan dan Sistem Penyaman Udara (RAC) yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) kelmarin, di mana empat orang pelajar daripada program nTec dan HnTec RAC menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari dalam kursus mereka.

    Pemimpin Program RAC, Awang Muhd Aalee Leevoi bin Abdullah Lee, semasa ditemui menjelaskan bahawa pertandingan bukan sahaja memilih calon berpotensi untuk bersaing pada peringkat antarabangsa, tetapi juga mengasah bakat dan kemahiran yang telah dipelajari oleh mereka.

    Beliau juga berkata pertandingan diadakan setiap tahun dan tahun ini menandakan kali pertama institut berkenaan berjaya menghantar calon yang berjaya untuk bertanding pada peringkat antarabangsa.

    Hadir untuk menyaksikan pertandingan selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli. Turut hadir wakil-wakil dari industri relevan, termasuk AEC Sdn Bhd dan Q-Carrier Brunei Sdn Bhd.

    Dalam pertandingan itu keempat-empat peserta bersaing untuk memasang unit penyaman udara di ruang yang diperuntukkan.

    Kualiti dan kecekapan pemasangan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada pengajar institut dan pakar daripada industri relevan.

    Bercakap kepada Awang Muhammad Amirul Haziq, beliau menyatakan rasa teruja apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. Beliau berkata semua peserta telah menggunakan apa yang dipelajari dalam kursus dalam pertandingan itu.

    “Sementara saya berasa gementar untuk bertanding pada peringkat antarabangsa, saya akan terus menjalankan penyelidikan serta mengasah lagi kemahiran saya sebelum pertandingan nanti,” tambahnya.

    Awang Muhammad Amirul Haziq dan Awang Muhammad Faiz bersama dengan unit penyaman udara yang dipasang dalam pertandingan tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...