Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Kes meningkat lebih 25 kali ganda

    SEOUL, 18 FEB – Korea Selatan berkata ia akan melonggarkan sekatan pandemik hari ini, meskipun ketika negara mencatatkan kes harian melebihi 100,000 buat pertama kali, iaitu peningkatan lebih 25 kali ganda, dengan pegawai menyatakan kebimbangan ekonomi berbanding langkah-langkah penjarakan sosial.

    Negara itu melaporkan rekod baharu jumlah jangkitan iaitu sebanyak 109,831 kes, kelmarin, dengan pakar kesihatan memberi amaran angka tersebut mungkin meningkat kepada 270,000 kes dalam masa sehari bulan hadapan.

    Walaupun kes melonjak, pegawai di Seoul berkata mereka tetap akan melonggarkan sekatan dengan membenarkan kafe dan restoran untuk terus dibuka lebih masa sehingga pukul 10 malam bermula Sabtu.

    “Mengambil kira kesukaran yang semakin meruncing bagi kehidupan orang ramai dan ekonomi, kami memutuskan bahawa perubahan minimum tidak dapat dielakkan,” kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum.

    Korea Selatan juga akan mengurangkan syarat bagi perniagaan termasuk log bertulis pengunjung ke restoran dan kafe bagi membolehkan pengesanan kontak, kata pegawai.

    Sebahagian besar penduduk Korea Selatan yang layak sudah divaksinasi dan diberikan dos penggalak, meskipun jumlah rekod jangkitan di negara yang mempunyai 52 juta orang penduduk, kadar kematian kekal sangat rendah. – AFP

    Orang ramai ingin membuat ujian PCR di sebuah pusat kesihatan di Seoul, kelmarin. Korea Selatan mencatatkan lebih 100,000 kes harian buat kali pertama, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...