Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kim Hieora bakal mulakan kerjaya di Hollywood

    Selepas hampir setahun mendiamkan diri disebabkan skandal buli, pelakon Kim Hieora dilaporkan akan kembali mewarnai industri hiburan.

    Menurut laporan mStar, Hieora dikatakan akan memulakan kerjayanya di Hollywood.

    Malah sebelum ini, aktres berkenaan mendapat perhatian global dan menerima banyak tawaran disebabkan lakonan cemerlangnya dalam drama bersiri The Glory.

    Namun, semua aktivitinya telah dihentikan kerana kontroversi buli berkenaan.

    Kini, agensi Hieora telah mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan mereka sudah menyelesaikan isu mengenai skandal tersebut.

    Terbaharu, Hieora memilih untuk meneruskan karier lakonannya di Amerika Syarikat.

    “Ianya peluang yang sangat hebat untuk menceburi industri negara luar. Namun, sekarang ini kami memilih untuk berhati-hati dan mengambil sedikit masa sebelum merebut peluang tersebut,” kata agensi.

    Sebelum ini, tersebar gosip mendakwa semasa pelakon itu adalah sebahagian daripada kumpulan buli dikenali sebagai Big Sangji, yang terkenal dengan aktiviti seperti peras ugut, serangan dan penderaan lisan semasa berada di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju, wilayah Gangwon. – Agensi

    Kim Hieora terlibat dengan skandal buli sebelum ini. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...