Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Klinik nasihat guaman percuma 29 Okt ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang secara percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah di bangunan Mahkamah Rendah dan Undang-undang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Batu Satu bermula jam 9 pagi pada 29 Oktober depan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat undang-undang tanpa kemampuan boleh menghadiri klinik percuma tersebut.

    Klinik itu bertujuan memberi khidmat nasihat guaman percuma kepada orang ramai yang tidak dapat mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana pendapatan yang terhad.

    Konsultasi akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat, dengan syarat mereka tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, mesti menyediakan salinan kad pengenalan keluaran Brunei dan bukti alamat kediaman semasa, dan mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...