Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Klinik nasihat perundangan 27 Ogos

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengendalikan klinik nasihat undang-undang percuma mengenai hal ehwal sivil dan jenayah di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah, Jalan Raja
    Isteri Pengiran Anak Saleha, Batu Satu pada 27 Ogos ini.

    Klinik berkenaan bermatlamat untuk menyediakan nasihat undang-undang secara percuma kepada orang awam yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan tersebut disebabkan pendapatan terhad.

    Konsultasi akan diberikan secara yang dahulu didahulukan.

    Untuk mendapatkan khidmat nasihat itu, orang awam mestilah tidak diwakili oleh mana-mana firma guaman, mesti menyediakan salinan kad pengenalan Brunei dan bukti alamat kediaman serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...