Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    William, Kate berpindah ke Windsor

    LONDON, 22 OGOS – Putera William dan isterinya Kate mengumumkan hari ini bahawa mereka akan menghantar ketiga-tiga anak mereka ke sekolah swasta yang sama selepas berpindah ke Windsor.

    Istana Kensington berkata mulai September, Putera George yang berusia sembilan tahun, Puteri Charlotte, tujuh, dan Putera Louis empat tahun akan menghadiri Sekolah Lambrook, dekat Ascot di selatan England.

    Pengumuman itu dibuat ketika kerabat diraja itu memindahkan pangkalan mereka dari pangsapuri London mereka di Istana Kensington ke Kotej Adelaide, di Taman Rumah persendirian berhampiran Istana Windsor, tempat Ratu Elizabeth II menginap.

    Kerabat diraja itu juga mempunyai ladang desa di Norfolk di timur England dan pondok percutian di Scotland.

    Sumber diraja mengatakan kerabat diraja itu secara rasmi dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, mahu ‘memberi anak-anak mereka permulaan yang senormal mungkin’.

    “KP (Istana Kensington) boleh dikatakan kurang bebas,” tambah sumber itu.

    “Mereka mahu memberi George, Charlotte dan Louis lebih banyak kebebasan berbanding tempat tinggal mereka dahulu di tengah London.”

    Lambrook adalah sekolah swasta pendidikan bersama untuk kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun dan kemudahannya termasuk padang golf sembilan lubang.

    Berkaitan yuran tahunan semasa, menghantar tiga anak ke sana akan menelan kos lebih daripada £50,000 (AS$59,000). – AFP

    Gambar fail menunjukkan Putera William, Duchess of Cambridge, Kate, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis di balkoni Istana Buckingham di London pada 5 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...