Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengakap Daerah Belait bantu tambah bekalan darah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 OGOS – Seramai 14 orang telah menderma darah pada kempen derma darah yang diadakan di Ibu Pejabat Persatuan Pengakap Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait, kelmarin.

    Hadir menyaksikan pelaksanaan kempen tersebut ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Belait, Awang Mohamad Hatta bin Haji Suhaili yang menjelaskan bahawa kempen itu merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan persatuan tersebut.

    “Kempen ini juga bertujuan untuk membantu menekankan kepentingan menderma darah, bukan sahaja sebagai salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat malah bagaimana menderma darah boleh membantu menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

    Persatuan berkenaan juga bersedia untuk mengendalikan lebih banyak aktiviti di ibu pejabatnya, yang bertujuan sebagai plaform bagi ahli-ahli merealisasi visi dan misi pergerakan pengakap serta menyokong komuniti sekitar menerusi acara dan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

    Sebahagian penderma darah bergambar ramai bersama ahli-ahli Persatuan Pengakap Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...