Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Korban kebakaran di depoh Indonesia meningkat 33

    JAKARTA, 24 MAC – Angka kematian akibat kebakaran di depoh simpanan bahan api Indonesia yang dikendalikan oleh firma tenaga negeri Pertamina telah meningkat kepada 33 orang dengan hampir sedozen lagi dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini.

    Pegawai-pegawai tertinggi menggesa audit bagi kemudahan tenaga Indonesia selepas kebakaran 3 Mac melanda kawasan perumahan berhampiran, memusnahkan rumah dan membakar kereta di sebelah depoh di ibu kota Jakarta.

    “Sehingga hari ini, 33 orang secara keseluruhannya telah meninggal dunia dan 11 masih dirawat. Mereka berada di ICU dan keadaan mereka serius,” kata jurucakap agensi kesihatan Jakarta, Luigi kepada AFP, hari ini. – AFP

    Gambar fail bertarikh 4 Mac lalu menunjukkan seorang budak lelaki berdiri dalam sisa rumah di kawasan perumahan di Plumpang, Jakarta utara, selepas kebakaran di depoh simpanan bahan api milik kerajaan berhampiran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -