Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga St Angela kenali ASEAN lebih dekat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Dalam hasratnya untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI baru-baru ini mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN ke Sekolah St Angela, Seria.

    Jerayawara yang mengambil tempat di bilik perpustakaan sekolah berkenaan telah dihadiri oleh 40 orang pelajar dan disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Hadir sama ialah pengetua sekolah, Dayang Chea Wann Ching dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Program Jerayawara Kenali ASEAN merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Ia juga bertujuan untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN selaras dengan moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Sejurus selepas penyampaian taklimat, Kuiz ASEAN diadakan untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui me-ngenai ASEAN dan peranannya dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Turut dipromosikan ialah aplikasi mudah alih ‘We ASEAN’ yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

    SCI ASEAN-COCI turut mempromosikan terbitan Sekretariat ASEAN iaitu ASEAN Communication Master Plan II (ACMP II) yang merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong pelaksanaan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Wawasan ASEAN 2025.

    Dayang Mufidah semasa menyampaikan ucapan pada je-rayawara tersebut.
    Antara yang hadir semasa jerayawara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...