Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Korea Selatan lancar roket buatan sendiri

    SEOUL, 21 JUN – Korea Selatan hari ini melancarkan roket buatan sendiri, Nuri dalam percubaan kali kedua memasuki orbit, misi kritikal untuk program angkasa lepas negara itu, lapor agensi berita Yonhap.

    Roket Nuri seberat 200 tan berlepas dari Pusat Angkasa Naro di Goheung lebih kurang pukul 4 petang, menurut Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI).

    Korea Selatan merancang untuk melancarkan roket pada Khamis lalu, tetapi berdepan masalah teknikal sehingga terpaksa menangguhkan operasi itu. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan pelancaran Nuri pada Isnin, Kementerian Sains dan KARI menjalankan pemeriksaan teknikal terakhir terhadap Nuri dan mendapati tiada sebarang masalah.

    Cuaca amat baik pada hari pelancaran dan sekiranya Nuri berjaya memasuki orbit, Korea Selatan bakal menjadi negara ketujuh di dunia yang melancarkan roket dengan muatan satu tan ke angkasa lepas, selepas Rusia, Amerika Syarikat, Perancis, China, Jepun dan India.

    Pelancaran ini merupakan yang kedua selepas percubaan pertamanya berakhir dengan kegagalan.

    Pada Oktober lalu, Nuri berjaya terAbang pada ketinggian sasarannya 700 kilometer tetapi gagal memasuki orbit kerana enjin peringkat ketiganya terbakar lebih awal daripada sepatutnya. – Bernama

    Roket angkasa lepas buatan sendiri, Nuri dilancarkan dari Pusat Angkasa Naro di kampung selatan Goheung dalam usaha Korea Selatan memasuki orbit kali kedua. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...