Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rudiger dedah sebab utama sertai madrid

    MADRID, 21 JUN – Antonio Rudiger mendedahkan bahawa Carlo Ancelotti adalah sebab utama mengapa dia memilih untuk menyertai Real Madrid dari Chelsea musim panas ini.

    Rudiger berpindah ke Santiago Bernabeu secara percuma selepas membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Chelsea.

    Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu telah menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan pasukan juara bertahan Sepanyol dan juara Eropah.

    Rudiger mengongsikan perkata tersebut semasa majlis perkenalan di padang latihan kelab berkenaan di Valdebebas, dan berkata bahawa dia sudah membuat keputusan tersebut pada April lalu, selepas berbincang dengan jurulatih dari Itali itu.

    “Pertama kali saya dihubungi, bukan melalui saya tetapi ejen saya, ialah pada awal September. Panggilan kali kedua, saya bercakap dengan Ancelotti dan ia pada April lalu,” kata Rudiger.

    Antonio Rudiger menghadiri sidang media semasa kelab tersebut memperkenalkan pemain itu secara rasmi sebagai salah seorang pemain Madrid yang baharu. – AFP

    “Itu adalah satu detik yang paling bermakna, untuk dapat bercakap dengan Ancelotti.

    “Sejak itu, saya membuat keputusan bahawa saya ingin bermain bersama kelab di bawah kendaliannya,” tambahnya.

    Rudiger juga mengongsikan bahawa Carlo Ancelotti menginginkan dia dan menggunakan khidmatnya untuk membantu pasukan Real Madrid. Pemain pertahanan itu menambah, “Awda perlu bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan tersebut dan saya sudah bersedia untuknya.”

    Susulan dengan keputusannya menolak peluang untuk menetap di Chelsea, Rudiger berkata Barcelona turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

    Pemain dari Jerman itu akan bersaing dengan Eder Militao dan David Alaba untuk merebut tempat sebagai pemain pertahanan Madrid musim hadapan, walaupun berkemungkinan Ancelotti juga akan membuat perubahan menggunakan tiga pertahanan untuk menggunakan kebolehan tiga pemain tersebut.

    Selepas Sergio Ramos dan Raphael Varane meninggalkan kelab itu pada tahun lalu, Militao dan Alaba telah membuat gandingan yang menakjubkan, menjadi pemain utama dalam meraih kejayaan Madrid pada musim lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...