Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan NCT mahu jadi anak Raffi Ahmad

    Kumpulan Kpop NCT meluahkan hasrat mahu menjadi anak kepada Raffi Ahmad dan Nagita Slavina apabila berkunjung ke kediaman pasangan pelakon itu di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

    Ahli NCT yang terdiri daripada Doyoung, Jungwoo dan Jaehyun itu berasa teruja apabila diberi kesempatan untuk mengunjungi kediaman mewah Raffi dan Nagita.

    Memetik laporan Kompas, ketika menaiki lif di kediaman aktor berkenaan, Jungwoo sempat memanggil Raffi sebagai ayah yang disambut dengan gelak tawa oleh pelakon tersebut.

    “Saya anak awak, ayah,” kata Jungwoo.

    Dalam pada itu, Doyoung juga memberikan reaksi yang sama selepas masuk ke ruangan bilik tidur cahaya mata Raffi iaitu Rafathar.

    Kata Doyoung, dia cemburu dengan kemewahan yang dimiliki mereka dan bergurau untuk meminta tinggal bersama.

    “Saya cemburu dengan kamu, bolehkah kalau kita tinggal bersama?” ujarnya.

    Keakraban keluarga Raffi dengan kumpulan NCT tidak terhenti disitu apabila Doyoung sempat bergurau untuk meminta rumah yang dimiliki pasangan selebriti itu.

    “Kalau kalian pindah ke rumah lain, berikan rumah ini kepada kami,” katanya. – Agensi

    NCT teruja melihat rumah mewah milik Raffi Ahmad. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda