Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lagi pingat untuk Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Atlet para Brunei Darussalam kelmarin meneruskan kutipan pingat dengan dua perak dan satu gangsa dalam temasya Sukan Para ASEAN ke-12, 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

    Pingat perak disumbangkan oleh atlet para negara Awang Raduan bin Haji Mataha dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F11) dengan rekod 20.99 meter (m) dan Awang Alihan Muda dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F34) dengan rekod 18.42m.

    Dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F11), Evaristo Joven Carbonel dari Filipina memenangi emas dengan rekod 25.67m, manakala Vovan Tung dari Vietnam memenangi emas dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F34) dengan rekod 24.85m.

    Sementara itu, Awang Shari bin Haji Juma’at meraih gangsa dalam acara Rejam Lembing Lelaki (F55) dengan rekod 22.16m.

    Pingat emas dalam acara tersebut dimenangi oleh pemain Vietnam, Kieu Minh Trung dengan rekod 27.1m dan Riadi Saputra dari Indonesia (25.69m).

    Awang Alihan Muda bersama pingat perak yang dimenanginya. – Gambar serahan Urus Setia Kontinjen NBD
    Awang Raduan mendapat pingat perak dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F11).
    Awang Shari bersama pingat yang dimenanginya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...