Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BDBA bakal anjur kejohanan bola keranjang

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 JUN – Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dijadualkan menjadi tuan rumah acara Terbuka Piala Cabaran Aewon 2023 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Persatuan berkenaan sedang mencari pasukan untuk menyerahkan borang pendaftaran mereka sebelum tarikh akhir pada 10 Julai.

    “Kami berharap dapat menarik lebih ramai pemain dan peminat bola keranjang, dan pada masa yang sama menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai aktiviti bola keranjang,” kata presiden persatuan, Koo Kong Loi.

    Pendaftaran dibuka sehingga 10 Julai depan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...