Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Sweden didakwa kumpul maklumat sulit pangkalan tentera

    STOCKHOLM, 29 FEB – Pihak berkuasa Sweden telah mendakwa seorang lelaki berusia 66 tahun kerana mengumpul maklumat sulit mengenai pangkalan tentera, kata seorang pendakwa raya kelmarin.

    Pendakwaraya, Mats Ljungqvist berkata ‘beberapa orang’ terlibat dalam pengumpulan maklumat dan ‘tahap kepakaran tinggi’ diperlukan.

    Ljungqvist memberitahu AFP bahawa suspek, Hans Georg Svanstrom, telah ‘menjalankan misi ketenteraan untuk angkatan bersenjata Sweden’.

    Dakwaan itu didedahkan ketika Sweden semakin hampir melengkapkan permohonan untuk menyertai pakatan NATO berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Dakwaan itu mengatakan bahawa antara Disember 2015 dan November 2017, Svanstrom merangka peta terperinci mengenai tapak tentera sensitif di seluruh negara.

    “Ia melibatkan sejumlah besar pangkalan yang penting untuk Sweden mempertahankan diri sekiranya berlaku peperangan,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

    “Pendedahan maklumat ini boleh mengancam keselamatan negara.”

    Maklumat sulit itu ditemui di rumah Svanstrom di Vaxholm, berhampiran Stockholm. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda