Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luis Suarez umum gantung but

    MONTEVIDEO, 3 SEPT – Pemain ikon Uruguay, Luis Suarez, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa kelmarin, mengesahkan bahawa dia akan menggantung but selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Paraguay di Montevideo pada Jumaat.

    “Jumaat akan menjadi perlawanan terakhir saya untuk negara,” kata Suarez, 37, dengan penuh emosi dalam sidang media.

    “Ini bukan keputusan yang mudah dibuat, tetapi saya melakukannya dengan hati yang tenang kerana saya akan memberikan yang terbaik sehingga perlawanan terakhir karier saya (bersama skuad Uruguay).”

    Bekas penyerang Barcelona dan Liverpool itu diiktiraf sebagai salah seorang pemain terbaik generasinya dan akan bersara daripada bola sepak antarabangsa sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 69 gol daripada 142 penampilan.

    Suarez, yang terkenal kerana diusir dari Piala Dunia 2014 selepas dikenakan penggantungan empat bulan kerana menggigit bahu Giorgio Chiellini dari Itali, memulakan debutnya untuk Uruguay pada 2007.

    Penyerang Inter Miami itu membantu Uruguay meraih kejayaan dalam Copa America 2011, di mana dia dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan akhirnya mewakili negara Amerika Selatan tersebut dalam sembilan kejohanan utama. – AFP

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda