Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mahkamah-mahkamah Syariah sambut Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, di ibu negara, baru-baru.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Turut hadir panel-panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim-hakim syarie, pendaftar-pendaftar, dan pegawai-pegawai serta seluruh warga Mahkamah Syariah.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Awang Mohamad Faidzal bin Haji Wahab.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pemangku Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, selaku pengerusi sambutan sebelum persembahan daripada warga Mahkamah-mahkamah Syariah dan seterusnya tayangan video ucapan Hari Raya daripada seluruh warga Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara serta beberapa aktiviti lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

    Majlis sambutan berkenaan merupakan acara yang diadakan setiap tahun bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan semangat ukhuwah seluruh warga Mahkamah-mahkamah Syariah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...