Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    MMN – BAGO berkongsi amalan terbaik

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada rombongan Pejabat Peguam Negara Bangsamoro (BAGO), pada hari ini.

    Rombongan BAGO yang diketuai oleh Attorney V. & Division Chief, Divisyen Penyelidikan Undang-undang dan Pendapat BAGO, Najihah P. Masacal-Moslem itu disertai seramai 12 orang.

    Rombongan telah dialu-alukan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir mengalu-alukan rombongan ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, berserta beberapa orang ahli MMN.

    Antara tujuan utama lawatan kerja ke Bangunan Dewan Majlis itu diadakan adalah bagi memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik antara kedua-dua belah pihak.

    Sesi perbincangan juga diadakan bagi memberikan peluang kepada kedua-dua pihak mengongsikan perspektif dan bertukar-tukar pendapat serta maklumat yang telah menumpukan kepada tatacara perundangan dibincangkan dan diluluskan di peringkat
    parlimen masing-masing.

    Perbincangan tersebut juga memfokuskan kepada penglibatan penggubal dasar dan undang-undang yang amat penting dan berperanan sebagai penasihat utama kepada kerajaan dan bertanggungjawab memberikan panduan mengenai perkara yang
    berkaitan dalam menyediakan undang-undang dan perlaksanaannya.

    Lawatan kerja berkenaan telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua badan penggubal undang-undang.

    Rombongan BAGO bergambar ramai bersama ahli MMN semasa lawatan ke Bangunan Dewan Majlis, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...