Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Majlis resepsi rai Hari Kebangsaan Rusia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Bersempena Hari Kebangsaan Rusia, Kedutaan Republik Rusia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan majlis resepsi di Hotel Antarabangsa Rizqun, malam ini.

    Hadir mewakili kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Dalam
    Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Pada majlis itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mikhail Vladimirovich Baranov dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa hubungan yang semakin rapat dalam pelbagai bidang yang dapat memenuhi kepentingan rakyat dan menyumbang kepada pengukuhan keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

    Tuan Yang Terutama juga menyentuh mengenai hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara Brunei dan Rusia yang semakin rapat khususnya dalam bidang diplomatik, perdagangan, sains, pendidikan, politik, sekuriti, pertahanan dan banyak lagi.

    Majlis diteruskan dengan acara memotong kek dan pameran gambar mengenai perkembangan pembangunan Rusia.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah para jemputan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, wakil diplomatik dan suruhanjaya tinggi ke Negara runei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan TYT Mikhail Vladimirovich Baranov bersama-sama memotong kek Hari Kebangsaan Rusia.
    Antara jemputan khas yang hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...