Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Program Utusan Sukan AS inspirasi ke arah keamanan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Program Utusan Sukan (Sports Envoy) Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bermatlamat untuk mengetengahkan peranan sukan dalam mengajar kita mengenai nilai disiplin, kerja keras dan ketabahan dalam diri kita.

    Manakala itu, di peringkat global, sukan mampu untuk memecahkan halangan, menghubungkan warga dan memberikan inspirasi kepada kita ke arah kefahaman bersama dan keamanan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn McClelland dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan AS ke-247 yang berlangsung di Kediaman Rasmi Duta AS di Negara Brunei Darussalam, kelmarin.

    Hadir pada majlis resepsi hari kemerdekaan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan isteri, Datin Hajah Binanun binti Haji Bungsu.

    Turut hadir ialah perwakilan dari negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan kerajaan, eksekutif perniagaan, pemimpin persatuan sivil serta jemputan-jemputan khas.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima cenderahati yang disampaikan oleh PYT Caryn McClelland.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima cenderahati yang disampaikan oleh PYT Caryn McClelland.
    ATAS & BAWAH: Antara jemputan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan AS ke-247 yang berlangsung di Kediaman Rasmi Duta AS di Brunei Darussalam.

    Dalam ucapannya lagi, PYT Caryn McClelland menyatakan melalui program utusan sukan berkenaan, dua orang bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan AS, Lorrie

    Fair dan Amy Griffin, kedua-duanya merupakan pemenang Piala Dunia Wanita FIFA, berada di Brunei bagi mengendalikan ceramah motivasi, klinik jurulatih dan sesi latihan dengan menumpukan kepada kesaksamaan jantina, memperkasa belia serta mempromosikan pembangunan sukan.

    Pada majlis resepsi yang mengetengahkan tema sukan berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan PYT Caryn McClelland telah bertukar-tukar jersi pasukan bola sepak kebangsaan, Negara Brunei Darussalam dan AS.

    Yang Berhormat Dato juga telah menerima bola sepak yang ditandatangani oleh Utusan Sukan AS, Lorrie Fair dan Amy Griffin.

    Sambutan Hari Kemerdekaan AS itu merupakan permula-an bagi Program Utusan Sukan
    AS yang bermula kelmarin hingga 10 Jun di Negara Brunei Darussalam.

    Semasa program itu, bekas pemenang Piala Dunia Wanita FIFA iaitu Amy Griffin pada 1991 dan Lorrie Fair pada 1999 akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah, bertemu dengan belia dan atlet tempatan untuk mempromosikan kesaksamaan jantina dalam sukan serta menggalakkan penyertaan perempuan dalam sukan bola sepak dan juga sukan-sukan lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...