Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H. & Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Kampung Telisai dan Kampung Telamba, Daerah Tutong, pada masa ini, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor berdekatan Jambatan Jalan Telisai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada masa ini dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah.

    JKR turut memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Simpang 455-13, Jalan Kecil Sungai Bakong, Mukim Liang sedang giat dilaksanakan pada masa ini.

    Kawasan-kawasan terlibat adalah Kampung Lumut dan sebahagian kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lumut yang berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda